Retro

Retro
ohsemmmmmnes .

Monday, October 15, 2012

.rasa cinta.



cinta adalah perasaan yang subjektif. perasaan yang pastinya ada di dalam diri setiap individu. samaada perasaan yang mendalam ataupun hanya setakat di kaki-kaki perigi. ahh...rasa cinta begitu indah prosanya. sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang dalam igatan juga membuatkan seseorang itu lena di buai ombak. tetapi rasa cinta boleh di aplikasi dalam pelbagai rasa. gembira, tertawa, manis, sedih, pahit, masam. semua boleh dirasai dengan adanya rasa cinta.

#termenung

ketika cinta sedang berputik. gembira sentiasa di rasai. bahagia di hajati. ketawa bersama. berpimpin tangan ke sana ke sini. makan bersama. meniti hari mendatang bersama. ahhhh.. bahagia tak terhingga. menjadi pasangan seperti romeo and juliet. seindah adam dan juga hawa. pasangan yang kekal abadi. tetapi apakah ini rasa sementara?

#mengeluh

tatkala cinta direject malu menyelubungi diri. sedih dan hampa menghantui diri. terduduk di tepi kamar merenung nasib. di reject bukan bermakna dipinggirkan. bukan bermakna tidak secantik balqis. dan bukan bermakna tiada harapan untuk bercinta. tidak perlu rasa sedih. tidak perlu rasa malu. tidak perlu merasa diri seperti makhluk yang hina.

#tersenyum

mengintai di jendela. menghirup udara. mencari-cari cinta yang sebenar. adakah rasa cinta itu sama? adakah rasa cinta itu kekal? ahhhh... bagaimanapun rasanya ianya tetap dimiliki oleh setiap individu. cuma masa yang membezakan. ketawa dan menangis itu adalah roda dunia yang sentiasa berputar. bagaimanapun caranya semua manusia akan merasai segala pahit manis rasa cinta ini.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
+ akuh hendra alam ! call me ndra ja the ! + akuh suka merayau2 + akuh suka music ! + akuh suka on9 n maen futsal ! + akuh suka kamu ! + akuh ada 1 adek ! (cewek 2) + akuh apa lagi yah ! + akuh ne pemalu ! + akuh suka bundel ! + akuh ne boros ckit ! + akuh ne ex dak teknik tawau ! + akuh busan ba ne ! + akuh mo kawin ba ! + akuh kilik2 sometime ! + akuh ne hanya manusia biasa cam kamu ! + akuh ne ensem boy.. (angkat bakul sendiri) + akuh ne budak retro punk !